Monday, June 15, 2009

Jamuan Akhir Kelab Usahawan. Dibuat Secara Sederhana Sahaja.

Assalamualaikum. Lama betul blog ini tidak dikemaskini. Bukan apa, sebagai pengemaskini, saya terlalu sibuk mengemaskini blog-blog yang lain. Ini secara tidak langsung telah menganaktirikan bloh Kelab Usahawan IKMAL ini. Jadi, untuk kali, saya hendak memasukkan cerita berkenaan Majlis Jamuan Tidak Perdana Kelab Usahawan IKMAL. Memang tak perdanalah, sebab segalanya dilakukan dengan serba sederhana. Pada hari tersebut kami semua makan Nasi Hujan Panas dengan Satay Separuh Masak berserta Keropok Bonus Percuma dan juga minuman rasmi jamuan iaitu Air Sirap Merah. Semuanya disediakan oleh hamba-hamba Allah yang pemurah. Bukan murah apa, tapi harga makanan itu murah untuk kami membayarnya.

Walaupun serba sederhana, tapi kami tetap bersyukur kerana dapat menikmati hidangan bersama-sama. Sesambil itu, sempat juga kami berkongsi cerita dan bertukar-tukar pendapat. Antara cerita yang menarik perhatian ialah cerita bertajuk, "Bagaimana Hendak Memulakan Perniagaan Menternak Cacing". Cerita ini telah disampaikan oleh salah seorang pelajar yang bernama, err...saya pun tak berapa nak ingat, tapi dia pelajar SKAF semester 2 la.

Mungkin anda bosan membaca penceritaan saya ini, jadi apa kata anda menonton gambar-gambar yang turut saya sisipkan di dalam blog ini.

Presiden yakni saudara Fakhrul Rozi menerima hadiah dari En. Syukran.

Bakal pengganti vokalis Kumpulan Meet Uncle Hussein, Sham Indie menerima hadiah.

Inilah dia, pencanang cerita "Bagaimana Hendak Memulakan Perniagaan Menternak Cacing". Beliau telah memenangi hadiah 'Tukang Letup Terhebat' atas cerita letup beliau.

Majlis ini penuh dengan kegembiraan dan kedukaan. Kelihatan ada yang tertawa riang, ada yang masam mencuka, malah ada yang menangis.

Alhamdulillah. Dua bunga Kelab Usahawan berjaya menghadirkan diri ke majlis jamuan ini. Botak (baju merah), cuba menyembunyikan wajahnya yang runsing. Hendak sertai Inkubator katanya.

Saya rasa cukuplah sampai di sini sahaja saya berceloteh. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit insiden berlaku di mana tayar kereta Ustaz Sufi termasuk ke dalam lubang. Memang sadis. Di kesempatan ini ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli kelab kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang menjadi ahli kelab ini. Tetapi, segelintir yang tidak bagi kerjasama tu, saya doakan anda berubah menjadi lebih baik ya. Takkan mau jadi jahat saja tiap masa. Saya dan juga penasihat-penasihat Kelab Usahawan ingin meminta maaf andai kata kami ada terkasar bahasa atau perbuatan sepanjang bersama dengan anda semua. Semoga kita berjumpa di lain hari. Wassalam.

No comments:

Post a Comment